Muka Surat Ke Empat


          

BIODATA PENULIS



Dalam page ini kita dapat mengenali lebih rapat dengan pencipta Halaman Seram ini yang mana telah menghasilkan satu laman web yang bercirikan "Keseraman" dan satu-satunya karya yang terkemuka sekali menepati dengan aliran kemajuan abad 2000 ini, selaras dengan arahan kerajaan. Beliau yang pernah merangkuli AWARD OF WEB PAGE 2000 di U.K ini telah mengadaptasikan biodatanya dalam laman web ini untuk tatapan para peminat Halaman Seram. Dan tanpa membuang masa lagi kita menjemput sesiapa jua yang ingin membacakan biodata yang penuh gilang-gemilang ini untuk sama-sama kita mengenali lebih dekat lagi dengan pengkarya kita yang tidak asing ini. Beliau yang dimaksudkan ialahhhhhhh!!!!!:..................: JENG! JENG! JENNNGGG!!!!..

NAMA : Md Isa

NAMA SAMARAN : CikAMAT, AMAT, Isa, Ica dan Icher

UMUR : Bertambah Setiap Tahun ke Tahun

PEKERJAAN : Pernah bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai General Clerk pada tahun 1999, Tahun 2001 - 2001 Kerja sebagai Front Office Executive kat Heritage Station Hotel Kuala Lumpur, Tahun 2002 Kerja kat Shell IT Cyberjaya sebagai Mailbox support dan 2004 sampai skang bekerja di satu Global Company juga di Cyberjaya

PENDIDIKAN : Beliau menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Cawangan B461 Bukit B Tanjung, Sri Pantai Kg. Kerinchi. Kemudian melanjutkan pelajaran darjah 1 hinggalah darjah 6 di SRK Alam Shah (2) Petaling Jaya Selangor, dari tahun 19xx hingga 19xx. Dan pada sebelah petangnya beliau juga mempelajari ilmu agama di Madrasah Ayauudin sehinggalah Madrasah itu bertukar nama kepada Madrasah Annur. Pada tahun 19xx beliau melanjutkan pelajaran sekolah menengah di SMK(L)Bukit Bintang (BBBS) juga terletak di Petaling Jaya Selangor, sehinggalah ke tingkatan 5 pada tahun 19xx. Beliau berehat selama beberapa bulan dalam bidang pembelajaran, dan sehinggalah pada tahun 1999 beliau melanjutkan pembelajarannya ke peringkat Diploma di Kampus Utama Kolej SAL Jalan Tun Razak dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat.

TARIKH LAHIR : 27 Julai 19xx

HORROSKOP (BINTANG) : LEO

HOBI : Melukis, Membaca, Menonton, Mendengar dan Membuat kerja apa yang patut.

SUKAN YANG PERNAH DICEBURI : Ping Pong, Ragbi, Badminton dan Bola Sepak

CITA-CITA : Menjadi Ahli Perniagaan(Korporat) yang berjaya.

KEGEMARAN : Apa-apa sahaja yang dianggap "BEST".

MUZIK YANG DIMINATI : Rock, Metal, Thrash, Hardcore, Punk, Niger, Alternatif dan Irama Malaysia.

ARTIS YANG DIMINATI : Melayu(Search, Wing, May, Alleycats, P-Ramlee, Sudirman, XPDC dan banyak lagi. Inggeris(Metallica, Nirvana, NailBomb, Downset, Coolio, Sodom dan banyak lagi.

KENDERAAN YANG DIMINATI : Kereta(Ferrari, Lamborghini, Volvo, Subaru Empreza, Mitshubishi Evolution dan Proton Putera. Motorsikal(Cagiva 500cc, Cagiva Superbike dan Ducati Superbike.

UCAPAN : Kau Kenapa Nih Haaaa?????..




Ke Muka Surat 1                             Ke Muka Surat 3                         Ke Muka Surat 5