Muka Surat Ketiga
C erita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah
rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun .
peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain
pada masa waktu ketibaannya Tapi bukan sahaja
makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga
makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang
dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang
pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang dilaknati telah Allah S.W.T.
Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah
Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu
akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku
terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain
telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih
kepada Tok Cik ,aku pun berjalan pulang. Malam makin
gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula
merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk
kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula
berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.
Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula
berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut
.AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula kaget dan menjerit ketakutan. Fikiran aku
makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku
meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku, Tubuhku seperti
terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap
itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh
nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan
samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh
menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang
menyeringai memandang tepat ke mukaku.
Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula
mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti
mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan
kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa
mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti
di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan
sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku
berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair
pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi
setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang
terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat
kekiri dan kekananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan
ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak
salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan
malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu
mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku
pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku
terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada
diriku pada malam yang menyeramkan itu.
Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari
kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik
kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik
hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu
lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa
seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku
masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan
Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak
Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru
agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi
tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi
menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang
ngeri dalam hidupku sehinggalah kehari
ini.
?TAMAT?