Muka Surat BERHANTU!...


Misteri Rumah Besar adalah antara kisah-kisah yang terseram di dalam terbitan kami. Buku ini menceritakan tentang satu rumah lama telah di tinggalkan tidak berpenghuni. Ceritanya begini, rumah ini di tinggalkan selepas kematian tuan empunya rumah tersebut oleh anak-anaknya. Selepas beberapa tahun rumah itu telah dijual kepada sebuah keluarga. Pada minggu pertama mereka duduki rumah tersebut, mereka merasa ada sesuatu yang tidak kena pada rumah yang mereka beli itu. Mereka merasa ada sesuatu benda yang menunggu di rumah tersebut. Tidak sampai sebulan mereka tinggal dirumah tersebut, mereka telah menjualkan rumah itu kepada penghuni lain. Penghuni yang menduduki rumah itu silih berganti dan tidak kekal lama tinggal disitu. Di percayai sebelum rumah ini di jual, tuan empunya rumah ini telah mati tergantung di ruang tamu rumah tersebut. Apakah misteri yang terdapat di sebalik kejadian ini, sama-samalah kita ikuti ceritanya...(Lihat!!! ada seseorang memerhatiKAN anda dari dalam rumah tersebut!!!.)



<***Kembali Ke Muka Surat 1